Saturday 20 April 2013


TEORI MEMBACA
TEORI PROSES MEMBACA
Membaca adalah satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapat pada permukaan bertulis dengan maklumat yang terkandung dalam pemikiran membaca.Pemahaman boleh berlaku apabila pembaca mendapat banyak maklumat ketika membaca. Sekitar awal abad ke-20,bidang pendidikan yang berkaitan dengan membaca dan proses menguasai maklumat.
TEORI AHLI SAINS KOGNITIF
            Kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusia.Bidang falsafah,psikologi,kepintaran artificial,sains saraf,linguistik dan antrapologi digabungkan bagi memahami cara manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.
PROSES MENGENAL SIMBOL
            Bagi proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankan pancaindera penglihatan sangat penting.Simbol bertulis dibuat penulis melalui idea,maklumat,dan pesanan.Seterusnya,ditukar kepada bentuk simbol huruf atau proses pengekodan.
PENGHANTARAN SIMBOL
            Dihantar kepada pembaca dalam bentuk kertas bercetak atau paparan elektronik.Tugas pembaca ialah menerima kod-kod tersebut dan cuba memecahkan kod-kod dalam bentuk bahasa yang difahami.Proses ini dikenali sebagai mendekod dan asas dalam memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis.
PROSES MEMECAHKAN KOD
            Mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis iaitu bentuk huruf,format penulisan dan bahasa yang digunakan.Aktiviti membaca akan berhenti apabila pembaca tidak dapat memecahkan kod.
LANGKAH MEMAHAMI
            Pembaca mempunyai latar belakang dan pengalaman yang banyak dalam hidup.
Apabila penbaca mempunyai asas pengetahuan yang tinggi,banyak interprestasi bahan yang dibacanya.Pembaca juga lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut banyak dikaitkan dengan pengalaman latarnya.
PROSES TRANSISI
            Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkan,tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.Pembaca boleh membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanya.
INTERAKSI ANTARA PENULIS DAN PEMBACA
            Pembaca dapat membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.Pembaca yang memberi respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca dikenali sebagai pembaca yang aktif.
MODEL DALAM PENGAJARAN MEMBACA

            Beberapa model telah digunakan dalam pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan bagi melihat keberkesanan pengajaran membaca dalam kalangan muris sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak.

MODEL TOP-DOWN(dari atas ke bawah)
            Guru membahagikan teks kepada murid kerana proses pengajaran bermula dengan teks.Guru juga perlu meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting yang tidak difahami oleh murid.Murid akan mencari makna perkataan yang tidak difahami dalam kamus. Murid diarah mencari isi-isi penting dalam petikan dan pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan agar keseluruhan petikan dikenalpasti.

MODEL BOTTOM-UP(dari bawah ke atas)
            Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini.Guru membincangkan beberapa isitilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.Guru juga membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci. Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu setelah guru membahagikan teks untuk bacaan.

No comments:

Post a Comment