Friday 3 May 2013


PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA

PENDEKATAN DEDUKTIF
Penguasaan undang-undang ataupun  peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa diutamakan bagi pengajaran pendekatan jenis ini. Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya  memulakan pengajaran bahasa  mereka dengan  huraian undang-undang bahasa  yang hendak diajar sebelum  memberi contoh-contoh penggunaannya. Pendekatan deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus.Dalam pada itu, pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus. Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal.Seterusnya,murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Contohnya ,apabila seseorang  guru mengajar  ayat tunggal , guru  akan memberi  takrif ayat tersebut sebelum   menunjukkkan contoh-contoh penggunaannya.

Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :
Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.

Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut tegak.

Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah.

Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif
Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.

PENDEKATAN INDUKTIF
Pendekatan Induktif pula  mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pertama sekali,pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian  berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid  supaya  sampai  kepada  takrif ayat tunggal.
Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada umum .Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Pendekatan jenis melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan.Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran Matematik dan Sains banyak menggunakan pendekatan induktif.

PENDEKATAN EKLEKTIF
Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran.Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar.Perkara ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai  kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk  menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.
Pendekatan eklektif menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif.

Misalnya, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik. Guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif lebih mengutamakan kecekapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah  merangkumi  kecekapan bahasa yakni penguasaan  sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan  yang pertama membolehkan seseorang murid  menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej  kepada khayalaknya . Kecekapan  yang kedua membolehkan murid tersebut  menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.Dalam pada itu,pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur  bahasa yang tepat  dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Dengan pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan .Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.
Dalam pada itu,guru juga harus melaksanakan melaksanakan program literasi dengan meningkatkan motivasi di dalam bilik darjah.Guru harus sedar bahawa tumpuaan yang keterlaluan terhadap buku teks hanya memberi kesan pengabaian aspek lain terhadap pelajar bagi menguasai kemahiran membaca.Terdapat juga tiga komponen yang harus diberi perhatian utama bagi melaksanakan program pengajaran literasi bahasa Melayu iaitu motivasi,penyediaan suasana pengajaran membaca dan menulis yang menggalakan dan penyediaan aktiviti yang menyokong pembinaan literasi yang bermakna.Tambahan pula,ketiga-tiga komponen tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain dalam kelas bahasa yang mengutamakan kemahiran literasi yang dinamik.
Peningkatan Motivasi di dalam Bilik Darjah
Memberi galakan dan memberikan sebab yang kukuh kepada seseorang supaya mengambil sesuatu tindakan bagi mencapai sasarannya dikatakan sebagai motivasi.Sekiranya seseorang mempunyai motivasi yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan,pengalaman yang diperolehnya dalam melakukan tugasan tersebut akan lebih bermakna dan berguna bagi mereka.Dalam pada itu,motivasi juga merupakan salah satu penggalak yang menyebabkan seseorang akan lebih berjaya dalam menguasai bahasa yang dipelajarinya dalam bilik darjah.Guru dan rakan sebaya kadang kala menjadi punca motivasi kepada pelajar tersebut.Hal ini kerana motivasi melibatkan satu set pekerti yang kompleks dalam diri pelajar ketika berada di dalam kelas literasi bahasa.Dalam persekitaran pembelajaran yang menggalakan,pelajar berasakan mereka mempunyai pilihan untuk mengetahui kandungan ilmu atau kemahiran yang ingin dipelajari.Pada masa yang sama,mereka juga mempunyai pilihan untuk menentukan cara mereka ingin mendapatkan ilmu tersebut.
Menyediakan Persekitaran Literasi yang Menggalakkan di dalam Bilik Darjah.
            Penyediaan persekitaran bilik darjah yang kaya dengan kegiatan bahasa dan bahan bacaan meningkatkan lagi minat para pelajar untuk membaca.Hal ini kerana persekitaran seperti ini akan merangsang pembelajaran literasi yang tulen dan menggalakan konsep kelas sebagai satu komuniti pelajar yang sama-sama mempunyai minat untuk mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa.
            Antara persekitaran literasi yang diminati oleh para pelajar ialah kemudahan yang disediakan oleh guru dalam bentuk pelbagai sudut yang mempunyai fungsi tertentu di dalam bilik darjah.Seterusnya,kandungan,organisasi dan susunan pelbagai sudut tersebut bergantung pada kesesuaian sesebuah bilik darjah tersebut.Terdapat beberapa cara yang boleh dibuat bagi menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar.
            Salah satu langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan aktivit membaca dalam kalangan pelajar ialah menyediakan sudut perpustakaan bilik darjah.Hal ini berfungsi untuk membantu cara ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemampuan membaca pada tahap yang diharapkan.Selain itu,perpustakaan bilik darjah tidak memerlukan perabot yang khas seperti perpustakaan.Perkara yang paling penting ialah bahan-bahan bacaan yang disediakan juga mestilah dalam bentuk yang pelbagai peringkat dan bidang,majalah,buku skrap yang diterbitkan oleh pelajar sendiri dan pelbagai bahan rujukan.Koleksi buku dan bahan tersebut perlu diubah atau ditambah dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kebosanan pelajar terhadap bahan bacaan di dalam bilik darjah tersebut.Tambahan pula,mereka boleh pinjam buku daripada perpustakaan awam serta hasil perdemaan orang lain.Guru juga boleh menyediakan bahan lain seperti peralatan permainan bahasa dan poster yang berhubung dengan mata pelajaran yang diambil bagi menambah bahan bacaan.
            Langkah lain ialah sudut penulisan dan penerbitan.Kebanyakan pelajar menggangap penulisan adalah tugasan  yang agak sukar dan hanya individu yang mempunyai bakat sahaja yang boleh menulis karangan dengan baik.Karangan yang dihasilkan oleh murid tidak dapat memenuhi kualiti yang diharapkan.Hal in akan melemahkan motivasi pelajar untuk menghasilkan bahan penulisan atau pengajaran menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan.Oleh itu,guru perlu mengambil tindakan yang berkesan dengan menanamkan semangat membaca dalam kalangan pelajar bagi menambahbaik karangan atau idea pelajar.
            Seterusnya,sudut berkongsi bahan penulisan juga harus disediakan.Hal ini kerana seseorang penulis pasti akan mengharapkan hasil penulisannya akan dibaca oleh orang lain.Daya kreativiti dapat ditingkatkan apabila berkongsi bahan penulisan seterusnya meningkatkan kesan positif dalam diri pelajar.Para pelajar secara tidak langsung akan membaca hasil penulisan pelajar lain bagi mendapatkan idea dan seterusnya menambah baik karangan dan pembacaan mereka.

No comments:

Post a Comment