PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA
PENDEKATAN DEDUKTIF
Penguasaan undang-undang
ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa diutamakan bagi
pengajaran pendekatan jenis ini. Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini
biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka
dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak
diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Pendekatan
deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula
daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh yang khusus.Dalam pada itu, pendekatan deduktif ini
juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru
daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui.
Kaedah deduktif
berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia
memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup
serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah
dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus.
Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif
pelajaran pada peringkat awal.Seterusnya,murid dibimbing mengingat kembali
hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Contohnya ,apabila
seseorang guru mengajar ayat tunggal ,
guru akan memberi takrif ayat tersebut
sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaannya.
Jenis-Jenis Pendekatan
Deduktif :
Terdapat 3 jenis
pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Penyelesaian masalah :
pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya
setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh membuat ayat dengan
menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.
Membentuk generalisasi
baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang
baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka
diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut
tegak.
Membukti hipotesis :
pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis
melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas
murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus,
mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut
dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah.
Prinsip-Prinsip Penggunaan
Strategi Pengajaran Deduktif
Pada peringkat permulaan
masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus
dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan
mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.
PENDEKATAN INDUKTIF
Pendekatan Induktif
pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang
atau peraturan bahasa.Pertama sekali,pengajaran dimulakan dengan memberi contoh
penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan
undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya ,dalam
pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan
menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan
contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu
murid-murid supaya sampai kepada takrif
ayat tunggal.
Pendekatan induktif
bermula dariapada spesifik kepada umum .Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson
(1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan
menuju ke arah sesuatu generalisasi. Pendekatan jenis melibatkan pengumpulan
dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan
berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir,
mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat
generalisasi/kesimpulan.Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru
boleh membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian
atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu,
matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran
Matematik dan Sains banyak menggunakan pendekatan induktif.
PENDEKATAN EKLEKTIF
Pendekatan ini menggabungkan
kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi
pengajaran.Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh
yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar.Perkara ini ditambah
dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk
sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya
didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .
Sebaliknya guru boleh juga
memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan
aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain
didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya
undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.
Pendekatan eklektif menggunakan
dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada
pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran.Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan
pendekatan indukif dan deduktif.Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang
mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai
digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula murid yang akan memahami
dengan jelas melalui kaedah deduktif.
Misalnya, guru boleh memulakan
P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.Selain itu,
proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan contoh
diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan
induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan
tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi
pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara
iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada
pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains
danMatematik. Guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid,
Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan guru akan menggunaka pendektan ini
dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif
lebih mengutamakan kecekapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem
tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama
membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat
bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang
kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai
dengan khalayak yang dihadapinya.Dalam pada itu,pengajaran dimulakan
dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang
tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih
oleh guru. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid
iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf,
bercerita ataupun melapor.Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat
sehari-harian. Dengan pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk
gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana
pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina
ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan
komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang
betul mengikut konteks bahasa.
Prinsip-prinsip pendekatan
komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang
akan dilakukan .Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar
murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.Selain itu, pengajaran
bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang
melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-harian.
Dalam pada itu,guru juga
harus melaksanakan melaksanakan program literasi dengan meningkatkan
motivasi di dalam bilik darjah.Guru harus sedar bahawa tumpuaan yang
keterlaluan terhadap buku teks hanya memberi kesan pengabaian aspek lain
terhadap pelajar bagi menguasai kemahiran membaca.Terdapat juga tiga komponen
yang harus diberi perhatian utama bagi melaksanakan program pengajaran literasi
bahasa Melayu iaitu motivasi,penyediaan suasana pengajaran membaca dan menulis
yang menggalakan dan penyediaan aktiviti yang menyokong pembinaan literasi yang
bermakna.Tambahan pula,ketiga-tiga komponen tersebut mempunyai kaitan antara
satu sama lain dalam kelas bahasa yang mengutamakan kemahiran literasi yang
dinamik.
Peningkatan Motivasi di dalam Bilik Darjah
Memberi galakan dan
memberikan sebab yang kukuh kepada seseorang supaya mengambil sesuatu tindakan
bagi mencapai sasarannya dikatakan sebagai motivasi.Sekiranya seseorang
mempunyai motivasi yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan,pengalaman yang
diperolehnya dalam melakukan tugasan tersebut akan lebih bermakna dan berguna
bagi mereka.Dalam pada itu,motivasi juga merupakan salah satu penggalak yang
menyebabkan seseorang akan lebih berjaya dalam menguasai bahasa yang
dipelajarinya dalam bilik darjah.Guru dan rakan sebaya kadang kala menjadi
punca motivasi kepada pelajar tersebut.Hal ini kerana motivasi melibatkan satu
set pekerti yang kompleks dalam diri pelajar ketika berada di dalam kelas
literasi bahasa.Dalam persekitaran pembelajaran yang menggalakan,pelajar
berasakan mereka mempunyai pilihan untuk mengetahui kandungan ilmu atau
kemahiran yang ingin dipelajari.Pada masa yang sama,mereka juga mempunyai
pilihan untuk menentukan cara mereka ingin mendapatkan ilmu tersebut.
Menyediakan Persekitaran Literasi yang Menggalakkan di
dalam Bilik Darjah.
Penyediaan persekitaran bilik darjah yang kaya dengan
kegiatan bahasa dan bahan bacaan meningkatkan lagi minat para pelajar untuk
membaca.Hal ini kerana persekitaran seperti ini akan merangsang pembelajaran
literasi yang tulen dan menggalakan konsep kelas sebagai satu komuniti pelajar
yang sama-sama mempunyai minat untuk mempelajari dan menguasai kemahiran
berbahasa.
Antara
persekitaran literasi yang diminati oleh para pelajar ialah kemudahan yang
disediakan oleh guru dalam bentuk pelbagai sudut yang mempunyai fungsi tertentu
di dalam bilik darjah.Seterusnya,kandungan,organisasi dan susunan pelbagai
sudut tersebut bergantung pada kesesuaian sesebuah bilik darjah
tersebut.Terdapat beberapa cara yang boleh dibuat bagi menggalakkan aktiviti
membaca dalam kalangan pelajar.
Salah
satu langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan aktivit membaca dalam
kalangan pelajar ialah menyediakan sudut perpustakaan bilik darjah.Hal ini
berfungsi untuk membantu cara ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemampuan
membaca pada tahap yang diharapkan.Selain itu,perpustakaan bilik darjah tidak
memerlukan perabot yang khas seperti perpustakaan.Perkara yang paling penting
ialah bahan-bahan bacaan yang disediakan juga mestilah dalam bentuk yang
pelbagai peringkat dan bidang,majalah,buku skrap yang diterbitkan oleh pelajar
sendiri dan pelbagai bahan rujukan.Koleksi buku dan bahan tersebut perlu diubah
atau ditambah dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kebosanan pelajar terhadap
bahan bacaan di dalam bilik darjah tersebut.Tambahan pula,mereka boleh pinjam
buku daripada perpustakaan awam serta hasil perdemaan orang lain.Guru juga
boleh menyediakan bahan lain seperti peralatan permainan bahasa dan poster yang
berhubung dengan mata pelajaran yang diambil bagi menambah bahan bacaan.
Langkah
lain ialah sudut penulisan dan penerbitan.Kebanyakan pelajar menggangap
penulisan adalah tugasan yang agak sukar dan hanya individu yang
mempunyai bakat sahaja yang boleh menulis karangan dengan baik.Karangan yang
dihasilkan oleh murid tidak dapat memenuhi kualiti yang diharapkan.Hal in akan
melemahkan motivasi pelajar untuk menghasilkan bahan penulisan atau pengajaran
menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan.Oleh itu,guru perlu mengambil tindakan
yang berkesan dengan menanamkan semangat membaca dalam kalangan pelajar bagi
menambahbaik karangan atau idea pelajar.
Seterusnya,sudut
berkongsi bahan penulisan juga harus disediakan.Hal ini kerana seseorang
penulis pasti akan mengharapkan hasil penulisannya akan dibaca oleh orang
lain.Daya kreativiti dapat ditingkatkan apabila berkongsi bahan penulisan
seterusnya meningkatkan kesan positif dalam diri pelajar.Para pelajar secara
tidak langsung akan membaca hasil penulisan pelajar lain bagi mendapatkan idea
dan seterusnya menambah baik karangan dan pembacaan mereka.